Program Eusahawan Bersama Pelatih Giat Mara Alor Setar

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Program eUsahawan bersama Pelatih Giat Mara Alor Setar telah berlangsung pada hari Ahad, 20 Oktober 2019 yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama PI Jerlun, Napoh dan Kodiang. Pelatih giat mara terdiri daripada pelbagai kursus latihan kemahiran. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan usahawan seterusnya menggunakan platform internet untuk mempromosikan produk atau kemahiran pelatih setelah tamat kursus mereka. Pelatih yang menyertai program ini sedikit sebanyak menunjukkan minat untuk menjalankan perniagaan sendiri setelah tamat kursus, berbekalkan kemahiran yang diperolehi serta program eUsahawan yang dihadiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali